BN yakin menang PRN Melaka

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yakin parti itu mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Beliau berkata bagaimanapun kesemua jentera perlu bekerja kuat dan serius kerana tidak ada pertandingan yang mudah.

“Saya amat yakin 28 kerusi akan menang, kita perlu bekerja kuat kerana tidak ada yang senang ini pertandingan, pertandingan mesti kita serius.

“Dan kita mesti buat gerak kerja yang tersusun, teratur dengan strategi yang baik dan komitmen yang tinggi.

“InsyaAllah kita yakin Barisan Nasional (BN) dengan izin Allah S.W.T… kita dah bekerja dengan kuat kita boleh untuk menubuhkan kerajaan Negeri Melaka BN yang baharu selepas 20 Nov ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Manifesto Barisal Nasional:Kestabilan Demi Kemakmuran di Taman Botanikal di sini, hari ini.

Hadir sama Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

674
Kongsi :
Previous post Mesti ada parti teras tubuhkan kerajaan
Next post BN namakan Sulaiman sebagai Ketua Menteri-designate
Ubah saiz-+=