Saya tidak mahu jawab – Kamarudin

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek mengambil pendekatan untuk tidak ‘melatah’ dengan dakwaan kononnya beliau menipu status pendidikannya.

Beliau yang juga calon PAS bagi N21 Duyong berkata, buat waktu ini tiada sebarang kenyataan berhubung isu itu akan dikeluarkan pihaknya bagi menjelaskan status sebenar tahap pendidikan dirinya.

“Saya tidak mahu menjawab dulu sehinggalah sampai dekat hari mengundi.

“Hal ini pernah dibangkitkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 dan PRU-14 sebelum ini, benda sama,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, buat waktu ini fokusnya hanya kepada kempen menjelang 10 hari Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

“Fokus saya kini pada kempen dan menyelesaikan isu rakyat.

“Saya tiada isu lain seperti korupsi dan rasuah sepanjang 18 bulan dalam kerajaan, jadi isu ini berulang,” katanya.

Terdahulu, tular di muat naik di Facebook yang meminta Kamarudin untuk berterus terang dan jangan menipu dengan kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, yang tertera pada poster calon Perikatan Nasional.

Status itu, turut meminta Kamarudin menunjukkan sijil sebagai bukti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

875
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: SOP terlalu ketat, jentera BN trauma ‘diganggu’
Next post Mesti ada parti teras tubuhkan kerajaan
Ubah saiz-+=