BN mahu lonjak ekonomi baharu di Melaka

Masa Membaca:43 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Barisan Nasional (BN) menetapkan janji untuk merealisasikan lonjakan ekonomi baharu menerusi kekuatan sektor ekonomi sedia ada yang terdapat di Melaka selaras dengan teras kedua Manifesto BN.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya telah memperincikan beberapa inisiatif untuk memacu industri pelancongan Melaka sebagai destinasi terunggul disokong dengan agenda yang memfokuskan kepada pembangunan ekonomi baharu.

“Ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan kerana umum mengetahui Melaka sinonim dengan industri pelancongan. Melaka kaya dengan sejarahnya dan kepelbagaian warisan daripada segenap etnik penduduk yang tinggal dengan harmoni di sini.

“Kita telah perincikan beberapa inisiatif untuk memacu industri pelancongan Melaka sebagai destinasi terunggul disokong dengan agenda untuk memfokuskan pembangunan ekonomi baharu yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan pada rakyat tempatan,” katanya ketika melancarkan Manifesto BN: Kestabilan Demi Kemakmuran, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

466
Kongsi :
Previous post Manifesto BN: Teras utama, kekal kestabilan politik
Next post BN janji peruntukan pada 28 ADUN termasuk pembangkang
Ubah saiz-+=