BN tawar pengurangan cukai pintu, cukai tanah dan bil air

Masa Membaca:28 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Dalam menjayakan pembangunan mapan dan perkongsian kemakmuran, Barisan Nasional (BN) menawarkan beberapa insentif serta diskaun untuk membantu rakyat negeri ini.

Menurut buku Manifesto Melaka 5 Tahun yang dikeluarkan hari ini, antara kemudahan yang akan diberi kepada rakyat termasuklah pengurangan 10 peratus cukai tanah dan cukai pintu bagi tahun 2022.

Selain itu, BN juga menyediakan pengurangan 10 peratus bil air yang melibatkan penggunaan 20 meter padu air untuk kediaman domestik dan 10 meter padu air untuk premis komersial bagi tahun 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1635
Kongsi :
Previous post BN tumpu projek pembangunan impak tinggi, atasi banjir
Next post Manifesto BN: Ambulans percuma di setiap Japerun
Ubah saiz-+=