PRU 14 mimpi buruk buat rakyat

Masa Membaca:31 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Barisan Nasional (BN) mengibaratkan kenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) seperti mimpi buruk yang pernah terjadi dalam negara, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya ia berikutan pelbagai janji dan manifesto yang ditaburkan oleh pihak yang berjaya membentuk kerajaan ketika itu tidak munasabah dan akhirnya menemui kegagalan.

Ujar beliau, akibat kegagalan itu, sekali lagi BN dijadikan mangsa untuk dipersalahkan.

“Harapan yang dijaja kepada rakyat hanya tinggal harapan.

“Cukup ngeri dan cukup serik! Cukuplah sekali, saudara saudari..,” katanya ketika melancarkan Manifesto BN: Kestabilan Demi Kemakmuran, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

555
Kongsi :
Previous post BN lancar manifesto ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’
Next post Manifesto BN realis, berpijak di bumi nyata
Ubah saiz-+=