Berkempen tidak halang Dr Akmal luang masa rawat pesakit

Masa Membaca:57 Saat

MERLIMAU 9 Nov – Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan perlu berkempen dalam norma baharu dengan beberapa kekangan tidak menjadi penghalang buat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Dr Mohd Akmal Saleh memulakan langkah turun padang.

Beliau, mengambil pendekatan turun padang mendekati penduduk dengan mengedarkan risalah dan bahan kempen dari rumah ke rumah, sejak awal pagi.

DR Akmal mengedarkan risalah dari rumah ke rumah

Kesibukan berkempen tidak menghalang beliau daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ‘doktor kampung’.

Sebelum keluar untuk meneruskan kempen, lulusan Ijazah Perubatan dari Russian State Medical University, Rusia itu sempat singgah di kliniknya untuk merawat pesakit.

Dalam pilihan raya itu, Dr Akmal antara calon muka baharu Narisan Nasional (BN) berdepan dengan Cikgu Azrin Ab Majid dari Pakatan Harapan (PH) dan Abd Alim Shapie dari Perikatan Nasional (PN).

Tempoh berkempen PRN Melaka, berlangsung selama 12 hari bermula semalam dengan SOP yang cukup ketat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Platform media sosial turut dimanfaat oleh beliau apabila memperkenalkan dirinya sebagai calon menerusi FB Live, malam tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

582
Kongsi :
Previous post Ab Rauf singgah santai dengan penduduk Kampung Balik Batu
Next post Calon PAS boleh buat kejutan, tarik pengundi muda
Ubah saiz-+=