KPDNHEP perlukan lebih ramai anggota dan pegawai penguatkuasa

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA, 29 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memerlukan lebih ramai pegawai dan anggota penguatkuasa bagi memenuhi keperluan semasa.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, buat waktu ini kementerian itu mempunyai kira- kira 2, 300 pegawai dan anggota penguatkuasa di seluruh negara bagi menjalankan penguatkuasaan.

“Buat masa ini ia masih tidak mencukupi dan kita mempunyai 2,300 penguatkuasa diseluruh negara dan akan tambah dari masa ke semasa.

“Kita akan tingkatkan mengikut keperluan semasa termasuk isu pertambahan penduduk dan kepelbagaian tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas Majlis Protokol Tamat Latihan dan Amanat Pegawai Kadet Penguatkuasa Lantikan Baharu KP41.

Rosol berkata, dengan kemajuan dunia dihujung jari dan pelbagai tugasan mencabar KPDNHEP memerlukan lebih ramai golongan professional menyertai agensi itu.

“Untuk tempoh ini kita mempunyai antara 30 hingga 40 peratus golongan professional termasuk akauntan dan kejuruteraan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata sekiranya terdapat pegawai yang terbabit dalam salah guna kuasa, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi.

“Saya mengingatkan supaya pertingkatkan integriti, jauhi rasuah serta salah guna kuasa, saya sesekali tidak akan bertolak ansur terhadap mana- mana pegawai yang didapati tidak berintegeriti,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 37 pegawai berjaya menamatkan kursus selama 28 hari dan 20 daripadanya merupakan pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan 17orang pegawai lantikan baharu.

Views:

985
Kongsi :
Previous post KPDNHEP beri jaminan keperluan mencukupi
Next post Kerajaan sasar bina 1,300 unit rumah PPRT tahun ini
Ubah saiz-+=