Pertembungan empat penjuru di DUN Telok Mas
TELOK MAS 8 Nov- Perebutan kerusi N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Melaka menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN)Â Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.
Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) N23 DUN Telok Mas, Dr Mohd Azam Ahmad , di Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas, hari ini.
Empat calon terbabit adalah dari Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman manakala PN dan PH masing-masing diwakili Pengerusi PN, negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Amanah negeri, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat serta seorang calon bebas.
Calon Bebas yang menggunakan logo Buku itu adalah Muhammad Ariff Adly Mohamad, 32 tahun.
Kesemua calon mengemukakan borang pencalonan sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi.
Mohd Azam berkata, beliau berpuas hati dengan kesemua borang pencalonan yang dikemukakan.
“Setakat ini tiada calon yang ditolak borang penamaannya, dan saya berpuas hati dengan semua borang hari ini,” katanya.
Beliau turut memberitahu 16 Nov depan merupakan hari mengundi awal dan 20 Nov adalah hari membuang undi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WARIS PASANGAN KEMALANGAN DILANGGAR PEMANDU MABUK TERIMA FPM, PENCEN PENAKAT PERKESO
JOHOR BAHRU 26 November - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000 dan Pencen Penakat...
KEADAAN BANJIR DI TIGA NEGERI TIDAK BANYAK BERUBAH
KUALA LUMPUR 26 November - Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat 9 pagi...
RM8 JUTA NAIK TARAF JEJANTAS MELAKA SENTRAL
AYER KEROH 26 November - Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf dan mengindahkan Jejantas Melaka Sentral yang bakal...
PENJAWAT AWAM DITAHAN SPRM DISYAKI TERIMA RASUAH RM6,000
PUTRAJAYA 25 November- Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada...
PEMANDU MABUK REMPUH SUAMI ISTERI HINGGA MAUT DIDAKWA ESOK
JOHOR BAHRU 25 November - Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan...
LELAKI TULAR ANIAYA KUCING DITAHAN
KUALA LUMPUR 25 November - Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap...