Sah, enam penjuru di Asahan

Masa Membaca:45 Saat

ASAHAN 8 Nov – Dewan Undangan negeri (DUN) Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima enam borang pencalonan daripada enam calon yang menawarkan diri bertanding di DUN berkenan di Pusat Penamaan Calon Dewan Komuniti Selandar, pagi tadi.

Pertembungan itu melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan tiga dari Bebas.

BN menampilkan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Fairul Nizam Roslan yang akan ditentang calon PH Datuk Seri Utama Idris Haron dan calon PN Danesh Basil.

Manakala tiga calon Bebas ialah Mohd Akhir Ayob yang akan menggunakan lambang buku; Mohd Nor Salleh (lambang pokok) dan Azmar Abdul Hamid (lambang kunci).

SPR mengumumkan kesemua calon DUN Asahan itu pada jam 10.50 pagi tadi selepas proses serahan borang selesai dan berpuas hati dengan borang yang dihantar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

762
Kongsi :
Previous post DUN Rim pertembungan tiga penjuru
Next post “Saya pulangkan kepada rakyat untuk menilai” – Mas Ermieyati
Ubah saiz-+=