
Pertembungan tiga penjuru DUN Tanjung Bidara
TANJUNG BIDARA 8 Nov – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) , Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) N.02 Tanjung Bidara, Mohamad Farid Othman di Pusat Penamaan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, hari ini.
Tiga calon berkenaan adalah calon BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, calon Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon PKR, Zainal Hasan.
Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi.
Zainal mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi, diikuti Mas Ermieyati pada jam 9.12 pagi dan terakhir Ab Rauf pada jam 9.15 pagi.
Mohamad Farid berkata, beliau berpuas hati dengan kesemua kertas pencalonan itu.
“Saya telah menyemak kertas-kertas pencalonan, setelah selesai disemak saya berpuas hati dan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya.
Hari mengundi awal 16 Nov dan hari mengundi 20 Nov ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT BUKA TIRAI SECARA RASMI
SERI NEGERI 25 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas Tahun 2025 di Seri...
TAPAK RV BAHARU DI BANDA HILIR
RIM 25 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang dalam perancangan untuk...
CABUTAN BERTUAH TMM2024 TUNAI IMPIAN PEMAIN SEPAK TAKRAW PANDU KERETA ELEKTRIK
AYER KEROH 24 April - "Tergamam dan kelu sebaik melihat kenderaan elektrik (EV) diidamkan selama ini ada di depan mata....
1,141 JEMAAH MELAKA TUNAI HAJI TAHUN INI, PALING MUDA 16 TAHUN
PENGKALAN BATU 24 April - Seramai 1,141 jemaah Melaka menerima tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Exco...
PERBADANAN KETUA MENTERI RAIKAN RAKAN STRATEGIK PADA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
AYER KEROH 24 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meraikan rakan strategik termasuk jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan,...
RAYA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH MACAM DULU-DULU
PENGKALAN BATU 24 April - Bagai mengembalikan nostalgia raya dulu-dulu, itu suasana kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama...