Sorting by

×

Gerak kerja wanita diiktiraf BN

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 7 Nov – Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan lima calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan gerak kerja wanita diiktiraf.

Calon BN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, selepas sekian lama menanti keputusan itu, akhirnya BN bersetuju meletakkan calon wanita dengan jumlah kuota yang diimpikan sebelum ini.

“Kita mahukan kuota ini dari dulu lagi, kita cuba perjuangankan. Seperti sebelumnya ini wanita hanya peroleh satu sahaja.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya sudah tiba masanya gerak kerja wanita diiktiraf,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berkata, keputusan dibuat itu dilihat tidak merisikokan UMNO.

Mengulas lanjut beliau berkata, beliau tidak gentar apabila bertemu dengan lawan yang lebih muda daripadanya, kerana yakin dengan pengalaman lebih 20 tahun dimilikinya dapat membantunya.

“Saya tida gentar siapa lawan saya tetapi kalau hendak dibandingkan umur, saya sudah berkhidmat 20 tahun dulu. Kalau ambil orang muda apa khidmatnya kepada kita.

“Saya dengar macam-macam tidak mahu orang perempuan. Saya sedia berkhidmat dan nasib penduduk Pengkalan Batu harus dinaik taraf,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: Calon positif COVID-19 dibenarkan bertanding – Pengerusi SPR
Next post Ketua Wanita UMNO cabar bekas ketua
Ubah saiz-+=