MBMB fokus keindahan kawasan tumpuan pelancong
BANDA HILIR 28 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan warisan dan tumpuan pelancong selaras dengan pembukaan semula sektor pelancongan domestik.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, keindahan dan kebersihan kawasan warisan menjadi fokus utama Jabatan Landskap MBMB.
“Sejak pembukaan sektor pelancongan domestik, Bandaraya Melaka jadi tumpuan pelancong dan alami kesesakan lalu lintas sejak awal bulan ini lagi.
“Justeru, Jabatan Landskap MBMB akan memastikan seluruh kawasan ini dijaga dengan baik dari semua aspek,” katanya.
Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan dengan kekuatan seramai 19 anggota meliputi 11 orang Unit Projek dan lapan orang Unit Tapak Semaian di sekitar Rumah Merah.
Selain pengindahan meletakkan pokok pasu baharu sekitar kawasan Medan Samudera dan Banda Hilir yang merupakan mercu tanda produk kraftangan di Bandaraya Melaka Bersejarah.
Views:
Related
Berita Lain
PERDANA MENTERI SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DUN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM82,400 kepada penduduk dalam...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
KUALA LUMPUR 26 November - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang...
ANWAR BERTEMU PEMIMPIN PERNIAGAAN TERKEMUKA KOREA SELATAN HARI INI
SEOUL 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka (chaebol)...
WARIS PASANGAN KEMALANGAN DILANGGAR PEMANDU MABUK TERIMA FPM, PENCEN PENAKAT PERKESO
JOHOR BAHRU 26 November - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000 dan Pencen Penakat...
KEADAAN BANJIR DI TIGA NEGERI TIDAK BANYAK BERUBAH
KUALA LUMPUR 26 November - Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat 9 pagi...
RM8 JUTA NAIK TARAF JEJANTAS MELAKA SENTRAL
AYER KEROH 26 November - Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf dan mengindahkan Jejantas Melaka Sentral yang bakal...