
PRN Melaka: BN angkat tema ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’
KUALA LUMPUR 6 Nov – Barisan Nasional (BN) membawa tema ‘Kestabilan Demi Kemakmuran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Pengarah pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tema itu dipilih kerana mahu menjadi sebuah kerajaan yang stabil selepas pilihan raya supaya kepentingan rakyat dapat diutamakan.
“Pembahagian kerusi kita buat dengan teliti dengan cermat walaupun ada bertengkar dan bergaduh kerana nak melepaskan kerusi ini bukan mudah tapi inilah keunikan BN.
“Dengan tema ini, semua calon-calon akan menandatangi perjanjian yang merangkumi perundangan termasuk ‘aku janji lompat parti’ bagi mengurangkan kemelut politik.
“Jadi terpulang kepada rakyat Melaka untuk memilih parti mana yang boleh memberikan kesejahteraan atau kemakmuran kepada negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman calon yang disiarkan secara maya di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DEWAN BELIA MELAKA, PENTAS BENTUK PEMIMPIN MASA HADAPAN
SERI NEGERI 18 April - Penubuhan Dewan Belia Negeri Melaka adalah langkah strategik yang penuh harapan dan mencerminkan kesungguhan Kerajaan...
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...