Sorting by

×

Sulaiman prihatin nasib mangsa kemalangan

Masa Membaca:34 Saat

AYER KEROH 4 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menunjukkan keprihatinannya ke atas seorang mangsa kemalangan jalan raya di Persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, sebentar tadi.

Beliau yang sedang dalam perjalanan menghadiri sebuah program di Lendu, mengarahkan kenderaan dihentikan dan melihat sendiri situasi mangsa yang juga penunggang motosikal itu.

“Dalam perjalanan untuk menghadiri program di Lendu, malam ini, saya dan rombongan sempat memberhentikan kenderaan di persimpangan MITC, Ayer Keroh, selepas menyaksikan seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Saya mendoakan semoga saudara kita ini dipermudahkan urusan dan diberi perlindungan oleh Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1313
Kongsi :
Previous post Tengku Zafrul : Pemulihan ekonomi berada di landasan betul melalui Bajet 2022
Next post Cuba langgar anggota, polis terpaksa lepaskan tembakan
Ubah saiz-+=