Sorting by

×

100 penguatkuasa KPDNHEP pantau kenaikan harga barang sempena PRN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PENGKALAN BATU 4 Nov – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggerakkan kira-kira 100 pegawai dan anggota penguatkuasa bagi memantau sekiranya berlaku kenaikan harga barangan di negeri ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu dilakukan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Beliau berkata, walaupun PRN Melaka berbeza dengan pilihan raya sebelum ini kerana tiada sebarang program dan kempen namun ramai yang mengambil kesempatan datang ke Melaka untuk melancong.

“Kita mengambil peranan proaktif untuk melihat, meninjau dan memantau kemungkinan yang akan berlaku sama ada kenaikan harga makanan, harga barangan keperluan dan sebagainya.

“Dengan kapasiti penguatkuasa hampir 100 orang, kita yakin mampu untuk atasi sebarang masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinajauan harga barang dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di AEON Bandaraya, hari ini.

ROSOL

Menurut beliau, buat masa ini, belum ada sebarang cadangan untuk menubuhkan pasukan khas bagi melakukan pemantauan dalam tempoh PRN ini.

“Pasukan khas tiada cadangan tetapi mereka (penguatkuasa) bekerja.

“Bagi pengguna yang ada isu boleh laporkan kepada KPDNHEP sama ada melalui aplikasi Whatsapp, talian bebas tol atau menghubungi terus pejabat namun mereka diingatkan untuk mengemukakan resit bersama bagi tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post Berbaju sedondon di Hari Deepavali
Next post Bapa ditahan kelar leher anak sampai mati – Polis
Ubah saiz-+=