Sorting by

×

Banjir pulih, PPS di Alor Gajah ditutup

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 4 Nov – Kesemua tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah yang dibuka pada Isnin malam susulan beberapa kawasan dinaiki air, ditutup tengah hari ini.

Terdahulu, tiga PPS berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan Japerun Durian Tunggal menempatkan 152 mangsa yang terjejas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua PPS itu ditutup tengah hari tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman mereka.

“SK Durian Tunggal menjadi PPS terkahir yang ditutup pada jam 12 tengah hari tadi, selepas dua lagi PPS ditutup petang semalam.

“Selepas hujan berterusan pada petang Isnin, 39 keluarga terpaksa ditempatkan di PPS apabila kediaman mereka dinaiki air” katanya.

Beliau berkata, enam kawasan dilaporkan terjejas iaitu Kampung Padang Keladi, Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Pekan Durian Tunggal, Taman Murai Jaya dan Kampung Padang Kerbau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

337
Kongsi :
Previous post Rai Deepavali secara sederhana – Mahadevan
Next post BN umum calon PRN Melaka secara maya, Sabtu ini
Ubah saiz-+=