
Dua kanak-kanak dalam kereta terkunci diselamatkan
AYER KEROH 3 Nov – Dua kanak-kanak perempuan terperangkap dalam sebuah kereta berkunci kira-kira 10 minit dalam kejadian di Jalan Kota Fesyen, MITC di sini petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Kanan Bomba II Mohd Sany Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.57 petang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, anggota bomba mendapati dua kanak-kanak berusia satu dan dua tahun itu berada dalam kereta yang terkunci dalam kereta jenis Honda.
“Difahamkan ayah kedua-dua mangsa keluar membeli barang manakala ibunya keluar sebentar ke bonet belakang sebelum kereta itu terkunci secara automatik.
“Berikutan itu, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas dan berjaya menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, dua kanak-kanak itu bagaimanapun selamat dan tidak cedera.
“Operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 5.10 petang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...