Masjid Bemban dijangka siap November ini
BEMBAN 28 Julai – Masjid Bemban yang menelan kos pembinaan sebanyak RM4.5 juta dijangka siap sepenuhnya pada November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad berkata, meskipun projek pembinaan yang dimulakan sejak dua tahun lalu tergendala akibat beberapa faktor, namun berdasarkan taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), ia mampu disiapkan hujung tahun ini.
Katanya, setakat ini proses pembinaan masjid berkenaan sudah siap hampir 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada November ini.
“Projek pembinaan sudah berjalan mengikut kebiasaan jadual dan mungkin dapat diserahkan untuk majlis penyerahan atau perasmian pada November ini.
“Menjelang Disember atau awal tahun hadapan, masjid itu boleh digunakan sepenuhnya oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak pembinaan masjid terbabit di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Roslan berkata bangunan masjid setinggi dua tingkat itu dibina di atas kawasan berkeluasan 3.3 ekar atau 1,500 meter persegi yang mampu memuatkan kira-kira 1,200 jemaah dalam satu masa.
Views:
Related
Berita Lain
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...
PERDANA MENTERI SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DUN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM82,400 kepada penduduk dalam...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
KUALA LUMPUR 26 November - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang...