PGA9 rampas barangan runcit, kosmetik, tembakau seludup bernilai RM500,000

Masa Membaca:51 Saat

KOTA BHARU 1 Nov – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas pelbagai jenis barangan runcit, kosmetik dan tembakau bernilai RM440,950 yang ditinggalkan di dalam sebuah lori dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Rahmat, Rantau Panjang, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata rampasan dilakukan pada kira-kira 6.30 pagi selepas sepasukan anggotanya yang sedang membuat rondaan melihat lori berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah menunggu selama 30 minit, anggota operasi membuat pemeriksaan ke atas lori tersebut dan menemukan pelbagai jenis barangan runcit bernilai RM52,950, kosmetik RM191,000 dan tembakau RM197,000.

“Kesemua barangan rampasan disyaki diseludup masuk dari Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan berkata barangan rampasan termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM541,390 dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Taman Bakti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967, Seksyen 7(1)(E) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post Maritim Malaysia tahan bot persiaran beroperasi tanpa lesen di Port Dickson
Next post Idris nafi bertanding di Asahan
Ubah saiz-+=