
‘Saya hanya bercuti, bukan berkempen’- Najib
TANJUNG KLING 30 Okt. – “Saya hanya datang bercuti dan bersantai saja dan tak boleh disifatkan sebagai kempen pilihan raya,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas makan tengah hari di Jeti Nelayan Kampung Hailam, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata, kehadirannya itu hanyalah atas dasar melancong ke Melaka atas jemputan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Di kesempatan itu, beliau mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk sekitar dan bertemu kawan-kawan lama.
“Saya tidak buat tinjauan politik, cuma saya lebih kepada ingin beramah mesra dengan penduduk di kesempatan saya bersantai (di sekitar Pantai Kundor dan Tanjung Kling).
“Saya melihat kawasan ini berpotensi untuk dimajukan dan pada masa sama saya berpuas hati dengan pembangunan dan kemudahan untuk nelayan yang disediakan sejak era pemerintahan BN sebelum ini.
“Ia menunjukkan dasar yang dibawa BN telah mengubah keadaan hidup di kawasan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...