UMNO serah PAS tentukan

Masa Membaca:41 Saat

MASJID TANAH 29 Okt – UMNO menyerahkan kepada PAS sama ada mahu menerima atau tidak tawaran untuk meneruskan persefahaman politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi adalah untuk kebaikan bersama kedua-dua komponen parti itu.

Katanya, setakat ini semua pimpinan PAS memberikan respon yang cukup baik untuk meneruskan kerjasama itu.

“Keputusan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) ini mesti memberi faedah kepada kedua-dua parti.

“Saya berhubung dengan semua pimpinan PAS dan mereka sangat mengalu-alukan keputusan ini (kerjasama antara kedua-dua parti).

“Apapun, kita akan menantikan keputusan yang akan dibuat PAS pada Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Villa D’Acqua, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

471
Kongsi :
Previous post Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – PM
Next post Dimensi baharu politik Melaka – Rauf
Ubah saiz-+=