UMNO rayu kompaun langgar SOP dikurangkan

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR 28 Okt. – UMNO berharap nilai kompaun yang dikenakan dalam Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, dikurangkan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu bukanlah disengajakan.

“Kami ingin menjaga SOP kerana itu kami mengadakan (majlis) di dua buah dewan iaitu di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Ismail, yang mana apa yang berlaku dalam kedua-dua dewan itu dari segi duduk mereka adalah mengikut SOP dan mereka memakai face mask.

“Mungkinlah tidak seratus peratus (menjaga SOP), tetapi kita boleh mengawal pergerakan di luar (ketika itu), jadi kita akan membayar kompaun, cuma kita mungkin merayu kompaun itu boleh dikurangkan.

“Kita harap jangan ada double standard mengenai penggunaan kompaun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan; Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

548
Kongsi :
Previous post UMNO belum putus calon, kerusi; tunggu PAS
Next post Tiga jawatan tertinggi UMNO diberi mandat muktamad keputusan PRN Melaka
Ubah saiz-+=