Zahid puji kepimpinan Sulaiman

Masa Membaca:39 Saat

KUALA LUMPUR 27 Okt – Kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka mendapat pujian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan keperibadian Sulaiman bukan sahaja disayangi rakyat bahkan turut disenangi masyarakat berbilang kaum.

“Dengan berketua menterikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, beliau mempunyai pendekatan yang hampir dengan Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, teruskan Datuk Seri Sulaiman dengan pendekatan itu.

“Rakyat Melaka sayangkan Datuk Seri Sulaiman, saya dapat feedback, bukan sahaja orang Melayu sayangkan Datuk Seri Sulaiman, Orang Cina, India juga sayangkan Datuk Seri Sulaiman…teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, malam ini

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: BN tampil calon muka baharu
Next post Hanya BN boleh jadi kerajaan stabil – Zahid
Ubah saiz-+=