
Sasterawan negara, Kemala meninggal dunia
AYER KEROH 27 Okt – Sasterawan Negara, Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pena Kemala meninggal dunia, hari ini.
Berita itu dikongsikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurut DBP, Allahyarham Ahmad Khamal menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.
“Warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah atau Kemala.
“Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air.
“Allahyarham memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sastera tanah air dan nusantara.
“Allahyarham sentiasa memberikan kerjasama yang sangat baik dan bergiat aktif bersama-sama DBP demi bahasa dan persuratan Melayu.
“Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata DBP dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...