Peruntukan RM2 juta pamer budaya, identiti masyarakat India di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 27 Okt – Sejumlah RM2 juta diperuntukkan kerajaan bagi kerja-kerja mengindah serta menceriakan kawasan pelancongan di negeri ini yang mempamerkan identiti serta budaya masyarakat India sempena perayaan Deepavali.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia meliputi kerja pengindahan di sekitar Jalan Bendahara (pembinaan Pintu Gerbang Little India), Jalan Laksamana, Jalan Temenggong, Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Pantai.

“Kesemua projek ini akan memperkenalkan identiti masyarakat India dan alhamdulillah hari ini saya merasmikan Pintu Gerbang Little India setinggi 9.4 meter di Jalan Bendahara.

SULAIMAN melambai tangan kepada orang ramai selepas merasmikan pintu gerbang Little India di Jalan Bendahara.

“Pintu gerbang ini adalah peruntukan Kementerian Kewangan yang mana agensi pelaksana adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), harga kontrak adalah RM1.684 juta dan tempoh kerja siap pada 5 Julai tahun lalu.

“Sambutan Deepavali kali ini dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mana semua sektor ekonomi telah mula kembali operasi, bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) mesti dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pintu Gerbang Little India di Jalan Bendahara di sini, hari ini.

SULAIMAN menyantuni peniaga di kawasan Little India.

Hadir sama Setiausaha Khas (Hal Ehwal Masyarakat India) Datuk Wira M.S Mahadevan dan lain-lain kenamaan.

Untuk rekod projek itu membabitkan komponen penting termasuk rekabentuk dan motif di bahagian dinding dan kaki tiang menggunakan bahan ringan dan tidak berbahaya kepada pengguna jalan.

Pihak MBMB juga telah memasang lampu hiasan melibatkan kos sebanyak RM151,300 bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1010
Kongsi :
Previous post KPWKM lancar MyDaftar OKU, tambah baik sistem pendaftaran dalam talian
Next post MUDA umum bertanding PRN Melaka
Ubah saiz-+=