
Lebih 22 juta populasi dewasa di Malaysia telah divaksin
KUALA LUMPUR, 26 Okt – Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (25 Okt) adalah sebanyak 94.7 peratus atau seramai 22,166,633 orang.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,822,013 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam sahaja, sejumlah 184,162 dos suntikan diberikan melibatkan 140,054 suntikan dos lengkap, 21,927 suntikan dos pertama dan 22,181 dos penggalak menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,253,453 dos.
Setakat semalam juga, sebanyak 1,739,835 atau 55.3 peratus individu dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 81.6 peratus atau 2,566,922 individu remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...