
‘Saya bukan Pengarah PRN Melaka’ – Najib
MASJID TANAH 23 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukan Pengarah Pilihan Raya (PRN) Melaka, sebaliknya hanya membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkempen habis-habisan.
Beliau berkata, sebagai Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN), beliau akan kerap turun ke lapangan bagi membantu Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertindak selaku pengarah pilihan raya terbabit.
“Apa pun UMNO dan BN mesti bersedia dalam apa juga keadaan (dan) Pengarah Pilihan Raya UMNO adalah Datuk Seri Utama Mohamad Hassan, saya dikehendaki bantu kempen habis habisan.
“Saya akan bersama Mohamad Hassan, saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun akan turun untuk bantu kita dalam kempen itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama jentera UMNO di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...
5 ANAK MELAKA TERIMA BIASISWA SAMBUNG PENGAJIAN DI CHINA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Seramai lima anak Melaka terpilih menerima biasiswa penuh daripada Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China bagi...
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...
HARGA SANTAN DI MELAKA TIDAK LEBIH RM17 SEKILOGRAM
PENGKALAN BATU 9 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memaklumkan penetapan harga maksima jualan...
ANGKAT KEUNIKAN SENI TULISAN TANGAN DI MUZIUM SASTERA
BANDA HILIR 9 April - Tulisan tangan pengarang atau penulis dicadang untuk diletakkan bersama setiap buku dan karya asli yang...