
Mangsa banjir di Melaka terus menurun
AYER KEROH 23 Okt – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatat penurunan kepada 409 orang sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel PA Cuthbert John Martin Quadra, sehingga kini hanya sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri.
Bagaimanapun, katanya, masih terdapat 52 kawasan terjejas dalam bencana berkenaan.
“Mengikut pecahan, di Melaka Tengah, seramai 154 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir (8) dan SMK Bukit Katil (17).
“Di Jasin pula adalah di SK Tehel (93), SMK Seri Bemban (28) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Shuh Yen (21) .
“Manakala di daerah Alor Gajah, SK Durian Tunggal (45) ,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah (35) dan SK Telok Berembang (8) ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, daripada 15 PPS yang dibuka sejak kelmarin, enam sudah ditutup semalam selepas keadaan banjir semakin pulih.
“Enam PPS yang ditutup ini ialah Balai Raya Kampung Gadek, Dewan Japerun Durian Tunggal, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, SK Batu Berendam 2, SK Krubong dan SK Taman Merdeka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....