Sorting by

×

Kelulusan projek konsesi pasir bukan di bawah kerajaan negeri – KM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 22 Okt. – Projek konsesi pasir dari tepian pantai Melaka yang melepasi lebih tiga batu nautika terletak di bawah kuasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) di peringkat Persekutuan.

Itu penjelasan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkenaan isu yang dibangkitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Utama Idris Haron, mengenai sejauh manakah kebenaran isu pembangunan dan projek pasir di Melaka.

Menurutnya projek konsesi pasir itu telah wujud sejak zaman bekas ADUN (Idris) menjadi Ketua Menteri terdahulu.

“Memang dari zaman Datuk Idris dulu pun masa dia Ketua Menteri dan projek pasir ini waktu zaman dia juga berlaku.

“Dan di zaman saya, saya ingat dalam tempoh pandemik ini mungkin tidak ada kerja penambakan pasir disebakan pandemik.

“Tetapi untuk makluman konsesi pasir bukan kelulusan di peringkat negeri, daripada tepian pantai bawa tiga batu nautika, selepas lebih tiga batu nautika itu adalah kuasa dibawah JKPTG,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika wawancara khas ‘Anda Musykil Kami Terjah’ yang bersiaran secara maya di Facebook rasmi Menjelang PRU, sebentar tadi.

Jelasnya, semua kelulusan itu dibawah Persekutuan melainkan ianya di bawah tiga batu nautika ke pantai, barulah ianya menjadi di bawah kuasa pihak kerajaan negeri.

“Jadi konsesi pasir ini, segala cukai, pembayaran terus dibayar kepada pihak Pusat atau Federal (kerajaan Persekutuan) tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.

“Segala kelulusan itu mesti di bawah JKPTG bukan di bawah kerajaan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1255
Kongsi :
Previous post Jumlah mangsa banjir Melaka menurun
Next post ‘Parti Datuk jaga, kerajaan negeri saya jaga’ – Sulaiman
Ubah saiz-+=