Misi realisasi penyerahan lembu korban sebelum Aidiladha
AYER KEROH 26 Julai – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali menerusi catatan Facebook rasminya semalam yakin melalui program anjuran Kerajaan Negeri Melaka bersama beberapa wakil penyumbang, secara tidak langsung dapat merealisasikan penyerahan sebanyak 86 ekor lembu korban yang akan diagihkan sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
Beliau turut melahirkan rasa syukur selepas petang semalam turut berlangsung Majlis Penyerahan Lembu Korban di Seri Bendahara.
“Syukur Alhamdulillah petang ini (semalam) saya hadir pada Majlis Penyerahan Lembu Korban di Seri Bendahara, sebagai simbolik sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai 2020,” katanya.
Pada majlis tersebut, sumbangan lembu korban itu diberikan kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Negeri Melaka, UMNO, PAS, wakil agensi keselamatan serta badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.
Views:
Related
Berita Lain
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...
SEMBILAN CEDERA, KEMALANGAN BABIT LAPAN KENDERAAN
AYER KEROH 8 Januari - Sembilan cedera termasuk seorang pemandu bas parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di...
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...