Sorting by

×

UMNO tak akan bekerjasama dengan Bersatu, noktah!

Masa Membaca:52 Saat

BUKIT KATIL 21 Okt. – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Katanya, tidak timbul isu UMNO lambat membuat keputusan, sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan sejak Perhimpunan Agung UMNO dahulu.

“Untuk PPBM (Bersatu) kita tidak akan pernah bekerjasama dengan mereka, noktah!

“Kita tidak lambat, dulu dah kita buat keputusan iaitu muktamadkan tidak akan bekerjasama dengan PPBM sejak Perhimpunan Agung UMNO lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perjumpaan kepimpinan UMNO Bahagian di Pejabat UMNO Hang Tuah Jaya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, mengulas sama ada, kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) yang merangkumi komponen parti dari Muafakat Nasional iaitu, PAS turut berakhir, Ahmad Zahid belum mahu mengulas lanjut.

“Saya tidak nampak ke arah itu,” katanya ringkas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

395
Kongsi :
Previous post Norhizam kunci mulut
Next post Bertutur dalam Bahasa Melayu resepi kejayaan P Selvi juara pidato
Ubah saiz-+=