
Pejabat operasi MHI banjir
AYER KEROH 20 Oktober – Hujan lebat sekitar jam 2 petang membuatkan pekarangan Pejabat Operasi Melaka Hari Ini di Bangunan Rumah Media Melaka dimasuki air.
Hujan lebat yang berlarutan lebih dua jam dipercayai mengakibatkan longkang tersumbat sehingga ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan menyekat aliran air hujan.
Insiden sama yang pernah berlaku sebelum ini membuatkan kaki lima bangunan turut dinaiki air sehingga memasuki ke dalam ruangan pejabat.
Tinjauan mendapati, hampir keseluruhan bangunan Rumah Media Melaka turut dinaiki air melebihi satu meter membuatkan seluruh kakitangan terpaksa mengalihkan kenderaan ke kawasan yang lebih tinggi.
Malah, di Jalan Lingkaran MITC yang menghubungkan ke pintu masuk bangunan turut dinaiki air membuatkan kenderaan bergerak perlahan dan ada yang terpaksa berpatah balik.
Seorang pekerja, Hayatul Nazirah,35, terkejut dengan situasi yang berlaku di bangunan berkenaan.
Katanya, hujan yang berlarutan bermula tengah hari tadi membuatkannya terpaksa membersikan lantai yang dinaiki air.
“Situasi ini pernah berlaku sebelum ini tapi kali ini dilihat membimbangkan berikutan air telah naik ke kaki lima dan kita khuatir akan memasuki ruangan pejabat sekiranya tidak berhenti,”katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...