Sorting by

×

[TERKINI] DAP tolak Norhizam calon PRN – Guan Eng

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TENGKERA 19 Okt. – DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Pakatan Harapan.

“Saya dengan tegasnya menyatakan DAP menolak sama sekali YB Pengkalan Batu sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Ini dijadikan sebagai satu keputusan tegas, kita tak terima dia (Norhizam) sebagai calon,” katanya pada sidang media dalam lawatan kerjanya di Pejabat DAP, Lorong Pandan, di sini hari ini.

Ketika ditanya apakah alasan membuat parti itu menolak bekas EXCO itu, Guan Eng enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu sebutlah, mahu sebut ini saja. Cukuplah, tak payah pergi pada asal usulnya. Semua faham.

“Saya hanya sebut seperti tadi, DAP tak terima dia sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri,” tegasnya.

Norhizam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menang atas tiket DAP sebelum ‘beralih arah’ menjadi calon Bebas dan memberi sokongan kepada UMNO sehingga membentuk kerajaan baharu pada Mac tahun lalu.

Bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi kemudian pada 4 Oktober lalu sekali lagi menolak sokongan kepada kerajaan negeri bersama tiga ADUN lain kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

459
Kongsi :
Previous post DAP tolak Norhizam calon PRN – Guan Eng
Next post DAP sokong lantik Adly calon KM jika menang PRN
Ubah saiz-+=