Nasib empat bekas ADUN ditentukan Majlis Presiden PH

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 18 Okt – Keputusan mengenai nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) menyertai Pakatan Harapan (PH) akan ditentukan dalam Majlis Mesyuarat Presiden PH.

Pengerusi PH negeri, Adly Zahari berkata, pucuk pimpinan tertinggi PH masih belum berbincang mengenai nasib empat bekas ADUN itu.

“Belum ada keputusan sebab dalam PH biasanya kita akan muktamadkan dalam Majlis Presiden PH di peringkat nasional.

“Dalam konteks PH kita bina khemah besar dan semua pihak kita libatkan termasuk kerjasama dengan rakan-rakan parti pembangkang yang lain untuk pastikan khemah besar kita ini boleh menghadapi PRN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini yang turut dihadiri bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.

Terdahulu, Idris bersama bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Bekas ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad serta bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan hadir sebagai tetamu dalam majlis berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR Melaka, Datuk Halim Bachik.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post Kami serah nasib kepada PH – Idris
Next post Anwar desak PM arah pihak berkuasa siasat isu Pandora Papers
Ubah saiz-+=