Sorting by

×

Melaka Berselawat sempena Maulidur Rasul

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 18 Okt. – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menganjurkan program Melaka Berselawat bersempena sambutan Maulidur Rasul 1443 Hijrah yang bertemakan ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti’, malam ini.

Program tersebut disertai tetamu kehormat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad, Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat dan lain-lain kenamaan.

USTAZ Dzulkarnain memimpin Tausiah Cinta Rasul dan alunan selawat bersempena program Melaka Berselawat anjuran JAIM, malam ini.

Selain itu, program yang diadakan secara dalam talian dan dipancarkan secara langsung menerusi Facebook JAIM dan agensi kerajaan negeri itu turut disertai kira-kira 1,000 warga maya.

Program yang berlangsung selama sejam itu diisi dengan pelbagai elemen kerohanian bersempena hari bersejarah keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Antaranya, Tausiah Cinta Rasul, alunan selawat dan doa munajat yang dibimbing pendakwah selebriti Astro Oasis, Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1325
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: PH kecewa pengundi tidak lengkap vaksin dilarang mengundi
Next post BN Melaka sedia hadapi PRN
Ubah saiz-+=