Sorting by

×

SPR nafi tetapkan vaksinasi lengkap pengundi pemilih

Masa Membaca:38 Saat

AYER KEROH 18 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan menetapkan individu lengkap vaksinasi sebagai syarat pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan PRN itu masih belum dimuktamadkan.

“SPR menafikan vaksinasi lengkap sebagai syarat untuk pemilih mengundi di PRU DUN Melaka ke-15 sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa agensi media pada hari ini.

“SPR juga ingin menegaskan garis panduan pencegahan SOP Covid-19 bagi tujuan PRN Melaka masih belum dimuktamadkan.

“SOP ini akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

428
Kongsi :
Previous post DAP sedia hadapi PRN biarpun bantah bubar DUN
Next post PRN Melaka: PH kecewa pengundi tidak lengkap vaksin dilarang mengundi
Ubah saiz-+=