Kerajaan cukup beri penerangan kebaikan vaksin – Khairy
Khairy berkata malah kementeriannya telah mengemukakan segala bukti saintifik berhubung keberkesanan vaksin kepada rakyat.
“Dan kita terus memberi penerangan. Saya minta maaf saya perlu tegas dalam isu ini. Panggilah lah saya dajjal atau apa sahaja,” katanya dalam satu ciapan akaun Twitternya hari ini.
Khairy sebelum ini berkata kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka.
Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Khairy berkenaan kerajaan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya, sebagai satu langkah sombong.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata adalah menjadi peranan kerajaan dalam memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin, dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang COVID-19.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...