Sorting by

×

PRN Melaka: SPR akan cadang waktu keluar mengundi

Masa Membaca:59 Saat

BANDA HILIR 18 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencadangkan waktu keluar mengundi bagi pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, cadangan waktu itu akan diletakkan di dalam satu aplikasi khas SPR yang berfungsi seakan-akan MySejahtera.

Katanya, ia perlu dilakukan dalam usaha mengurangkan kesesakan terutama dalam tempoh fasa pandemik COVID-19.

“Kalau boleh kita mahu warga emas diberikan laluan pada waktu pagi dan orang muda biarlah lewat sedikit bagi mengelakkan kesesakan.

“Apapun, kita akan buat satu cadangan masa untuk keluar mengundi melalui satu aplikasi yang seakan Mysejahtera,” katanya dalam sidang media disebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai hari mengundi PRN Melaka, beliau berkata, semua yang hadir diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ia termasuklah mensyaratkan vaksinasi lengkap, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Di peringkat urusetia kita dah maklumkan perkara ini dan kita tidak boleh bertolak ansur mengenai pematuhan SOP.

“Jadi, kita nasihatkan pengundi agar tidak turun beramai-ramai pada waktu pagi memandangkan kita ada masa dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, iaitu satu tempoh yang panjang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

898
Kongsi :
Previous post (UPDATE 2) Rakyat Melaka mengundi 20 Nov tentu kerajaan negeri
Next post SOP PRN Melaka masih di peringkat rundingan – SPR
Ubah saiz-+=