Sorting by

×

Masjid Selat tidak akan dialih – Jurucakap kerajaan negeri

Masa Membaca:43 Saat

AYER KEROH 16 Okt. – Tiada aktiviti penambakan laut akan dilaksanakan di hadapan Masjid Selat dan masjid terapung itu tidak akan dialihkan ke lokasi lain.

Jurucakap kerajaan negeri berkata, perkara itu dijelaskan dalam infrografik fakta sebenar Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) dikeluarkan pihaknya sebelum ini.

“Tiada sebarang kelulusan penambakan laut diberikan kepada mana-mana konsesi di depan Masjid Selat.

“Selain itu tiada sebarang perancangan bagi mengalihkan Masjid Selat,” katanya.

Semalam, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menerusi satu rakaman video tular berdurasi satu minit 33 saat mendakwa laut di hadapan Masjid Selat akan ditambak dan masjid itu bakal dialihkan.

Untuk rekod, Masjid Selat dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 2006 dan ia bukan sahaja menjadi tempat ibadah orang Islam, malah satu daripada tarikan pelancongan negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1218
Kongsi :
Previous post Op Merah: 183 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang e-hailing
Next post Masjid Selat tidak akan dialihkan – Sulaiman
Ubah saiz-+=