Sorting by

×

Bahagian Masjid Tanah jadi contoh

Masa Membaca:52 Saat

MASJID TANAH 15 Okt. – UMNO Bahagian Masjid Tanah akan menjadi contoh kepada lima bahagian lain dalam kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan persiapan rapi dibuat Bahagian Masjid Tanah dari segi jentera sayap dan cawangan.

“Saya dalam proses mencari maklumat dan maklum balas, empat bahagian (UMNO)dah saya pergi di Jasin dan Tangga Batu, hari ini dua bahagian Kota Melaka dan Masjid Tanah.

“Contoh hari ini di Masjid Tanah, persiapan amat rapi (jadi) apa yang dibuat Masjid Tanah dari segi jentera Wanita, cawangan, Pemuda, Puteri dan saya harap ia jadi contoh lima lagi bahagian lain.

“Insyallah kita amat yakin dengan izin Allah maka Masjid Tanah kawasan amat baik untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media selepas program penyerahan komputer riba kepada UMNO Cawangan Masjid Tanah Kampung Pulau di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

428
Kongsi :
Previous post UMNO perkukuh jentera sendiri tanpa melibatkan parti lain
Next post Lebih 100,000 kenderaan dijangka masuk ke Melaka mulai hari ini
Ubah saiz-+=