UMNO perkukuh jentera sendiri tanpa melibatkan parti lain
MASJID TANAH 15 Okt. – UMNO belum memutuskan senarai calon termasuk kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jentera gerak kerja parti kini hanya dijalankan di peringkat UMNO dan tiada perkongsian dengan mana-mana parti lain.
“UMNO kena perkukuhkan jentera parti baharulah kita lihat dengan siapa kita hendak berunding,” katanya pada sidang media selepas program penyerahan komputer riba kepada UMNO Cawangan Masjid Tanah Kampung Pulau di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Kita jentera UMNO apa sahaja kita fikirkan kepentingan dan kekuatan UMNO dahulu, sebelum mengambil kira mana-mana parti UMNO mesti perkukuhkan kedudukan kekuatan parti itu dahulu baru kita lihat siapa juga bakal datang berunding untuk kita.
“Itu PAS saya tidak campur urusan parti, saya hanya menguruskan jentera UMNO untuk bersama-sama menghadapi PRN akan datang,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...