UMNO yakin pertahan kerusi DUN panas
MASJID TANAH 15 Okt. – UMNO akan mempertahankan kerusi tradisinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Pantai Kundur pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, persiapan jentera di dua kawasan panas itu diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
“Saya yakin UMNO Tangga Batu juga telah bersedia untuk melengkapkan jenteranya bagi menghadapi PRN terutama di Sungai Udang dan Pantai Kundor.
“Pastinya kawasan itu yang dimenangi oleh UMNO, UMNO akan mempertahankan kerusi tersebut,” katanya pada sidang media selepas program penyerahan komputer riba kepada UMNO Cawangan Masjid Tanah Kampung Pulau di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...