Sorting by

×

Tempahan hotel di Melaka penuh – Jailani

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 15 Okt. – Pengusaha hotel di Melaka menerima 100 peratus tempahan bilik setelah hampir sembilan bulan kehilangan pendapatan susulan penutupan sektor pelancongan akibat pandemik COVID-19.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sebelum ini pihaknya menjangkakan 48 peratus tempahan bilik, namun jumlah itu meningkat selepas pergerakan merentas negeri dibenarkan.

“Tempahan hotel di Melaka dah penuh…syukur. Saya sebenarnya jangka sebelum ini pada 1 Oktober bila kita buka sektor pelancongan pada rakyat Melaka tempahan sekitar 48 peratus.

“Tapi bila hari ini kita dapati mana-mana hotel yang dah buka premis mereka bagi tujuan penginapan telah mendapat lebih 100 peratus tempahan dan mereka terpaksa tunda kepada hujung minggu yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Ke Negeri Melaka Sempena Kebenaran Merentas Negeri di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad; Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ketua Polis negeri, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1026
Kongsi :
Previous post 30,000 pelancong dijangka kunjungi Melaka setiap hari – Jailani
Next post UMNO yakin pertahan kerusi DUN panas
Ubah saiz-+=