Sorting by

×

30,000 pelancong dijangka kunjungi Melaka setiap hari – Jailani

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 15 Okt. – Kira-kira 30,000 pelancong dijangka mengunjungi negeri ini setiap hari susulan kerajaan membenarkan akiviti merentas negeri bermula 11 Oktober lalu khusus bagi Keluarga Malaysia lengkap divaksin.

Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sejak awal pagi tadi jumlah kenderaan direkodkan keluar masuk ke Melaka semakin banyak di pintu masuk utama negeri iaitu di Plaza Tol Ayer Keroh, Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah dan di Plaza Tol Jasin.

“Kita sasarkan kali ini sekitar 20,000 hingga 30,000 pengunjung sehari. Kalau kita lihat kenderaan yang masuk hari ini dah mula sesak.

“Kita harap sasaran itu dicapai, biasanya pelancong ke Melaka boleh capai 60,000 hingga 80,000 sehari pada ‘peak season’ manakala hari biasa 40,000 hingga 50,000 sehari. Ini yang kita rekodkan pada 2019.

“Tapi tahun ini kalau dapat 30,000 pengunjung pun kita dah syukur. Paling tidak pun hotel-hotel dah boleh beroperasi dan peniaga kecil dapat menjana pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong Ke Negeri Melaka Sempena Kebenaran Merentas Negeri di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

459
Kongsi :
Previous post Pelancong ke Melaka disambut meriah
Next post Tempahan hotel di Melaka penuh – Jailani
Ubah saiz-+=