
Tak patuh SOP punca kluster baharu di Durian Tunggal- Rahmad
AYER KEROH 15 Okt. – Pengabaian prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan keluarga dan jiran menjadi punca wujudnya kluster baharu membabitkan komuniti di negeri ini, semalam.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster dikenali sebagai Kluster Belimbing Dalam itu dikesan menular membabitkan komuniti di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal.
Menurutnya, setakat ini seramai 33 individu dikesan positif COVID-19 hasil saringan 40 kontak rapat daripada kluster berkenaan.

“Kes indeks dikesan positif menerusi saringan bergejala di hospital dan seterusnya jangkitan didapati telah merebak ke dalam komuniti.
“Sejurus dikesan, penilaian risiko dan disinfeksi telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah.
“Hasil siasatan mendapati jangkitan dalam komuniti ini berlaku akibat kurang pematuhan SOP membabitkan keluarga dan masyarakat di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Rahmad memaklumkan, setakat ini, terdapat 34 kluster aktif di negeri ini, termasuk satu kluster yang direkod di luar Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...