Sorting by

×

Ambil tindakan sewajarnya isu Pulau Nangka – KM

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 14 Okt.- Kerajaan negeri bakal mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha menjaga peninggalan warisan harta karun di Pulau Nangka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kehilangan harta karun jika berlaku adalah kerugian buat negeri bersejarah ini.

“Pulau Nangka ni banyak kisah daripada dulu, jadi bagi saya kalau harta tu dah hilang, rugilah kepada Negeri Melaka.

“Jadi pihak yang berwajib perlu ambil perhatian perkara ini dah semak semula apa sebenarnya yang berlaku.

“Sebab benda ni dah berlaku sejak 10 hingga 15 tahun dulu. Saya akan mengambil tindakan dan melihat apa yang perlu dibuat,” katanya.

PULAU Nangka

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Webinar Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 (OSHMP25) dan perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2021 Peringkat Negeri Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Tenaga Kerja, Datuk Wira Ismail Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Zailee Dollah.

Semalam MHI melaporkan kerajaan negeri sedia menyiasat sekiranya benar berlakunya kehilangan harta karun yang ditemui di Pulau Nangka, baru-baru ini.

Exco Pelancongan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis menyifatkan dakwaan yang dilaporkan Sejarawan Negara, Prof Datuk Dr Ramlah Adam itu perlu disahkan terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

640
Kongsi :
Previous post Ceramah ‘Pekerja Hebat, Gaji Berkat’ beri suntikan kerohanian
Next post Majikan, pekerja perlu tingkatkan semula aspek KKP
Ubah saiz-+=