Sorting by

×

UMNO perlu ada saluran sesuai tarik pengundi muda – Shahril

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDARAYA MELAKA 13 Okt – UMNO perlu mempunyai kaedah baharu untuk menyampaikan maklumat bagi menarik sokongan pengundi muda terutama golongan berusia 18 tahun kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangannya, Shahril Suffian Hamdan berkata, komponen penyampaian maklumat perlu dipelbagai dan disesuaikan mengikut generasi termasuk pendekatan digital.

Katanya, generasi muda kini mempunyai banyak pilihan saluran termasuk media sosial seperti Facebook dan Instagram dalam mendapatkan maklumat, justeru UMNO perlu memastikan setiap maklumat dapat disalurkan terus kepada rakyat dan bukan kepada penyokong tegar semata-mata.

“Jangan kita salah faham jika kita guna saluran betul, kita boleh menang. Kita kena lebih bijaksana dari itu.

“Saya sebut UMNO tak boleh bercakap kepada orang UMNO saja dan memberi hujah yang popular kepada orang UMNO saja.

“UMNO tidak boleh menggunakan saluran yang nampak kita selesa yang mana kalau kita bercakap itu, yang suka adalah orang UMNO, yang share adalah orang UMNO dan penyokong-penyokong tegar UMNO.

“Itu adalah asas yang kita pertahankan tapi untuk menang sesuatu pilihan raya ni perlu lebih meluas daripada itu,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Online Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) Negeri Melaka yang disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam pada itu, Shahril turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikannya sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

Katanya, amanah yang diberikan itu akan dipikul sebaik mungkin dalam usaha memulihkan ekonomi rakyat terutama golongan muda tanpa mengira kaum yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Selama ini kita berperang dengan COVID-19 dan untuk keluar dari kekangan-kekangan dan kemelesatan akibat COVID-19 tidak ada cara lain melainkan pemulihan ekonomi.

“Jadi itu akan jadi fokus kerajaan dan saya hanya sebagai satu komponen dalam usaha yang lebih luas untuk kita menjayakan agenda itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

660
Kongsi :
Previous post ‘Saya seorang sahaja bersuara serak di Melaka?’ – Jailani
Next post Lelaki ‘transporter’, tiga pelacur rentas negeri dicekup polis
Ubah saiz-+=