Tarikh PRN Melaka ditentukan Isnin ini – SPR
AYER KEROH 13 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Isnin ini untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata Mesyuarat Khas Urusan PRN Melaka ke-15 itu akan diadakan di sebuah hotel di sini.
“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.
“Ia termasuk Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu,” katanya.
“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu,” kata beliau.
Menurut sumber, hari pengundian bagi kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka diadakan selewat-lewatnya pada 28 November depan.
PRN diadakan setelah DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri keluar dari parti kerajaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...
MPAG MEMBUDAYAKAN AMALAN KITAR SEMULA
ALOR GAJAH 18 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus komited dalam memupuk budaya kitar semula di sekitar Alor...