Sorting by

×

60,000 remaja di Melaka selesai vaksin 27 Okt ini

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

TELOK MAS 13 Okt – Seramai 60,000 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negeri ini dijangka selesai divaksin melalui Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) 2.0 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 27 Okt ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Datuk Azhar Ahmad berkata, pihaknya bekerjasama dengan kerajaan negeri dan beberapa agensi termasuk Jabatan Jabatan Kesihatan (JKN), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) untuk mempercepatkan program vaksinasi dalam kalangan remaja.

TIMBALAN Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azhar Ahmad (kanan) menandatangani plak perasmian pada majlis pelancaran Pusat Vaksinasi bagi program MOVAK bagi sekolah daerah Melaka Tengah 2021 di Dewan Seri Temu, SMK Padang Temu, Melaka. Turut serta Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Mohd Azam Ahmad (kiri). FOTO MR. Azli

“Fokus MOVAK 2.0 ini adalah bertumpu kepada pelajar sekolah, jadi untuk hari pertama program berkenaan seramai 600 pelajar menerima suntikan vaksin dos kedua berikutan dos pertama sudah diterima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di negeri ini.

“Memandangkan banyak PPV awam di negeri ini sudah ditutup, kita mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan program berkenaan bagi mempercepat program imunisasi rakyat di Melaka,” katanya ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri, Dr. Mohd Azam Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Nazri Md Shariff.

Mengulas lanjut, Azhar berkata program berkenaan dijangka akan dilaksanakan selama 10 hari bermula hari ini sehingga 27 Okt ini.

“Program MOVAK 2.0 akan dilaksanakan di enam lokasi di daerah Melaka Tengah bermula hari ini hingga 23 Oktober manakala pada 18 Oktober nanti akan dilaksanakan di daerah Alor Gajah sehingga 27 Oktober ini.

“Jadi keseluruhannya, seramai 60,000 pelajar atau golongan remaja ini akan mendapat suntikan dos kedua.

“Jadi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Kamel Mohamad dan semua agensi terlibat yang memberikan kerjasama meskipun persediaannya agak rumit namun hari ini semua berjalan lancar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

836
Kongsi :
Previous post SPRM tahan bekas penyelaras DUN era PH
Next post Norhizam sorok kereta?
Ubah saiz-+=