Melaka Sentral terima tempahan tiket dua kali ganda

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PERINGGIT 12 Okt – Tempahan tiket bas di Melaka Sentral meningkat dua kali ganda sebaik kebenaran merentas negeri dibuka sejak semalam.

Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn Bhd, Abu Bakar Jani berkata, lonjakan penjualan tiket itu dijangka terus meningkat terutama pada hujung minggu dengan sasaran purata 180 perjalanan ke seluruh negeri.

Jelasnya, pada bulan lalu, pihaknya hanya merekodkan 728 perjalanan bas aktif dengan purata 24 perjalanan bas aktif sehari.

PENGURUS Besar Melaka Sentral Sdn Bhd, Abu Bakar Jani

“Bagaimanapun rekod itu meningkat sebanyak 498 perjalanan bas aktif dalam tempoh 12 hari pertama Oktober dengan purata 16 perjalanan bas aktif sehari setakat jam 9 pagi tadi.

“Jualan tiket bas ekspres di Melaka Sentral setakat dua hari sejak kebenaran merentas negeri berkuatkuasa semalam mencecah sehingga dua kali ganda iaitu 3,744 tiket berbanding September hanya 5,597 tiket terjual bagi tempoh sebulan

“Jadi saya jangka menjelang hujung minggu ini jumlah ‘trip’ bas akan bertambah, mungkin boleh sehingga 180 ‘trip’,” katanya ditemui Melaka Hari Ini di pejabatnya di Melaka Sentral di sini hari ini.

Tambahnya, pelbagai persiapan telah dilaksanakan pihaknya sebagai persediaan sebelum banjiran kemasukan pengunjung ke pusat perkhidmatan awam itu bagi memastikan keselamatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Pertama sekali memastikan semua penyewa dan kakitangan sudah lengkap dua dos vaksin selain pemeriksaan suhu.

“Malah, penumpang juga wajib menunjukkan sijil vaksin melalui MySejahtera sebelum membeli tiket,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1442
Kongsi :
Previous post Terus balik kampung selepas berbulan ‘terkurung’
Next post Majlis Presiden PH tolak Sulaiman KM Caretaker
Ubah saiz-+=